Wednesday 15 February 2012

Local Agenda 21


Local Agenda 21
Projek Perintis Local Agenda 21 ialah suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan sokongan United Nations Development Programme (UNDP) dan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).
Misi projek perintis ini adalah untuk melaksanakan proses Local Agenda 21 di empat buah tapak pihakberkuasa tempatan (PBT) yang telah dipilih. Hasil dari projek ini akan dijadikan garis panduan untuk diterimapakai oleh PBT-PBT lain di Malaysia.
Apa itu Local Agenda 21
Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

         Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,  membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu.

         Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.
               

Isi Kandungan

BAHAGIAN 1: DIMENSI SOSIAL DAN EKONOMI
1.   Kerjasama Antarabangsa Untuk Mempercepatkan Pembangunan Mampan Di Negara Membangun dan Dasar Setempat
2.   Memerangi Kemiskinan
3.   Perubahan Corak Keperluan
4.   Demografi Dinamik dan Kemampanan
5.   Melindungi dan Mempertingkatkan Kesihatan Manusia
6.   Meningkatkan Pembangunan, Penempatan Manusia Yang Mampan
7.   Menyatupadukan Alam Sekitar dan Pembangunan Dalam Membuat Keputusan


BAHAGIAN 2: PEMULIHARAAN DAN PENGURUSAN SUMBER UNTUK PEMBANGUNAN
1.   Kawalan Atmosfera
2.   Pendekata, Bersepadu Kepada Perancangan dan Pengurusan Sumber Tanah
3.   Memerangi Penebangan Hutan
4.   Mengurus Ekosistem Mudah Terjejas: Memerargi Penggurunan dan Kemarau
5.   Mengurus Ekosistem Mudah Terjejas :Pembangunan Pergunungan Mampan
6.   Menggalakkan Pertanian Mampan dan Pembangunan Luar Bandar
7.   Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi
8.   Bioteknologi Mengikut Kehendak Alam Sekitar
9.   Perlinduhgan Lautan, Semua Jenis Laut, Termasuk Terlindung dah Tidak Terlindung, Kawasan Pantai dan Kegunaan dan Pembangunan Berasas Keatas Sumber-Sumber Hidupan
10.               Pemeliharaan Kualiti dan Bekalan Sumber Air Tawar: Aplikasi Kaedah Bersepadu Bagi Pembangunan, Pengurusan dan Penggunaan Sumber Air
11.               Pengurusan Buangan Berbahaya Termasuk Pencegahan Haram, Pergerakan Buangan Berbahaya Yang Sesuai Mengikut Kehendak Alam Sekitar
12.               Pengurusan Buangan Berbahaya Yang Baik Dari Segi Alam Sekitar
13.               Pengurusan Sisa Pepej'al dan Isu Berkaitan Dengan Kumbahan Yang Bersesuaian Mengikut Kehendak Alam Sekitar
14.               Pengurusan Buangan Radioaktif Yang Selamat dan Baik Dari Segi Alam Sekitar


BAHAGIAN 3: MEMPERKUKUHKAN PERANAN KUMPULAN UTAMA
1.   Mukadimah
2.   Tindakan Sedunia Untuk Wanita Ke arah Pembangunan Setara dan Mampan
3.   Kanak-Kanak dan Belia Dalam Pembangunan Mampan
4.   Mengiktiraf dan Memperkukuhkan Peranan Penduduk Pribumi danMasyarakat lain
5.   Memperkukuhkan Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan: Perkongsian Untuk Pembangunan Mapan
6.   Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21
7.   Memperkukuhkan Peranan Pekerja dan Kesatuan Sekerja
8.   Memperkukuhkan Peranan Perniagaan dan lndustri
9.   Masyarakat Saintifik dan Teknologi
10.               Memperkukuhkan Peranan Petani


BAHAGIAN 4: KAEDAH PELAKSANAAN
1.   Sumber Kewangan dan Mekanismenya
2.   Pemindahan Teknologi Sesuai Mengikut Alam Sekitar, Kerjasama dan Pembinaan Keupayaan
3.   Sains Untuk Pembangunan Mampan
4.   Mempertingkatkan Pendidikan, Kesedaran Alam dan Latihan
5.   Mekanisme Kebangsaan dan Kerjasama Antarabangsa Untuk Pembinaan Keupayaan
6.   Susunan institusi Antarabangsa
7.   Instrumen Perundangan dan Mekanisme Antarabangsa
8.   Maklumat Membuat Keputusan








Objektif Local Agenda 21
Objektif-Objektif Projek Perintis Local Agenda 21 adalah untuk:
  • Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21
  • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama
  • Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21
  • Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan
  • Mengguna pakai pendekatan ini di PBT-PBT lain di negara
Program seperti ini haruslah menghasilkan projek-projek fizikal supaya faedah-faedahnya dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT-PBT. Sebagai contoh, isu-isu yang berikut boleh dijadikan projek fizikal:
  • Pencemaran
  • Pembaziran sumber
  • Kitar semula
  • Kebersihan
  • Kesaksamaan sosial
  • Integrasi sosial

Ciri-ciri

Ø Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
Ø  Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus)
Ø  Melibatkan masyarakat tempatan
Ø  Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini
Ø  Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
Ø  Mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
Ø  Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
Ø  Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

Local Agenda 21 dalam Negara Lain



Local Agenda 21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International Council of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara yang terlibat dengan aktiviti Local Agenda 21 (sehingga hujung tahun 1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark, Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Rep. Korea, Sweden dan United Kingdom.

Di rantau Asia-Pasifik, negara-negara yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti Local Agenda 21 termasuk:

Tiada kempen kebangsaan:
  • India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand, Vietnam

Dengan kempen kebangsaan:
  • Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia



No comments:

Post a Comment